people

Kecelaruan Minda Dan Tips Hadapi Exam.



Salam semua, takde apa yang aku nak taip sebenarnya. Cuma aku nak berkongsi dengan korang beberapa tips untuk hadapi exam yang aku peroleh dari laman2 web yang sempat aku Google. Maklumlah, budak2 U sekarang neh bakal menghadapi final exam (especially untuk budak UiTM). Budak2 matrik dan poly pun sama gak rasanya. Semuanya bakal menempuhi final exam. Lepas habis je final exam, kita semua enjoy la!!!! Hahaha. (Tak sabar!) T___T.



Oh ya, sebelum tuh aku nak melalut sikit la. Pasal member2 aku yang sekarang neh jiwa kacau bilau dek kerana memikirkan cam mana nak hadapi final exam. Sampai migrain pun ada, stress tuh toksah cakap la. Jumpa tengah jalan pun muka masam muncung je, pastu tetiba je boleh marah2 tak tentu pasal. Haha. Sampai macam tuh penangan musim di ambang final exam neh.

Adehh, sepatutnya tak boleh macam tuh. Kita kena la relaks, cool, tenang dan slumber sempoi je. Tak perlu nak stress2, masam2 dan pening2 pikir sal neh. Maksud aku bukan 100% takyah pikir, pikir gak cuma tengok time la. Dan jangan la sampai memudaratkan diri. Orang cakap, biar berpada2. Hehehe.

Ok2, neh tips2 yang aku dapat dari carian Google. Aku kopi dan pes je neh. Kalau korang ada tips yang lain, sila la tinggalkan di ruangan komen. Segala komen yang korang kasi aku hargai dengan sepenuh jiwa raga bakul aku. :D

Berikut adalah 10 Tips Untuk Hadapi Exam yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. :)


1. Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)

Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

6. Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang. Tapi AWAS!! Jangan pula jadikan nota ringkas tuh sebagai 'toyol' untuk meniru semasa peperiksaan.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya

Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan pensyarah.

Di atas tuh adalah 10 tips yang mungkin boleh kita gunapakai tambah2 lagi semasa di ambang peperiksaan neh. Berusaha dan terus berusaha adalah kunci kejayaan. Dan jangan lupa juga berdoa, tanpa doa semuanya tak mungkin akan menjadi. Akhir kata, semoga berjaya kepada semua dan salam final exam buat mereka2 yang bakal menghadapai exam. (Termasuk aku sendiri. Hehehe).


P/s: Tips2 dibawakan khas dari merata2 tempat. ^_^.



3 comments:

mIsH IeRA cIK irAh said...

ngeh.nice tip.i did post sindiket selamatkan pointer :) jempot bace

Mr Kamikaze said...

Nice tips...utk bdk2 yg akan exam jpj pun bole gak pakai tips nie...hehehe

Mrx Lonely said...

exam jpj utk dptkn lesen ek??hehehe..
gudluck..