people

Nostalgia Kenangan Zaman Sekolah Rendah.


*Oh! Sekolah rendahku.*

Salam all, dalam pada sibuk orang duk kalut nak final exam neh. Sempat lagi aku meng'onlinekan diri neh. Hahaha. Peduli apa kata orang, yang penting, ikut saja kata hati. Kah3. Oh ya, tadi aku duk click2 facebook member dan tetiba aku terjumpa la sumthing yang agak valueable (berharga giler babeng!). Iaitu, gambar kelas masa sekolah rendah dulu, walaupun tak semua gambar kelas ada tapi memadailah dengan 2 keping gambar iaitu masa darjah 4 dan darjah 6. Fuhhh, kenangan beb. Nostalgia masa sekolah rendah mula berlegar2 dalam benak fikiran aku. Hahaha.

Ok, gambar first neh adalah masa darjah 4. Fuhh lama siotttt.! Hahaha. Time darjah 4 neh kalau tak silap aku la, kelas kitorang kat tingkat atas. Tak banyak yang aku boleh citer sal darjah 4 sebab aku tak ingat sangat. Hahaha. Apa2 pun neh adalah gambar kelas aku time darjah 4 tuh. 4 Pluto woot!!! Untuk pengetahuan korang, nama sekolah rendah aku adalah Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1. Terbaek wookkkk!!


*Klik gambar untuk tumbesaran tahap gajah*

Dan neh plak gambar masa darjah 6, time neh memang banyak kenangan woo. Ponteng kelas, lawan cakap cikgu, sakat member, kenangan kat lab sains, maen nike (bahasa Kelantan, bahasa luar aku taktaw lak apa die. Hehehe) dan macam2 lg lah. Neh gambar kelas aku time darjah 6. 6 Pluto!! U guys rawkkksss!!!


*Klik gambar untuk tumbesaran tahap gajah*


Dua keping neh je yang aku jumpa, aku tetap tak puas hati neh! Aku nak cari gak gambar kelas aku time darjah 1, 2, 3, dan 5. Kenangan wooo! Kita akan bawak benda neh sampai kita tua. Percayalah! Hehehe. Ok lah, aku rasa cukup setakat neh je aku melalut. Point aku untuk tunjuk gambar kelas pun dah selesai. Salam April untuk semua. :D


P/s: Kalau ada geng2 SK. Sultan Ismail 1 batch 2003 yang terbaca blog aku neh, sudi2 lah tinggalkan jejak kat bahagian komen. Kita wat reunion geng2 kita. Ibarat kata Hannan, biar pecah tembikai, tapi jangan pecah sek kita! Hahaha. Sekian dari aku. Mrx Lonely. Kelas 1 Neptune, 2 Marikh, 3 Pluto, 4 Pluto, 5 Pluto dan 6 Pluto. :D

Final Exam Dan Aku.


Salam all, ekceli takde ape yang nak aku post'kan kali neh. Agak busy dan jiwa agak kacau bilau dengan pelbagai masalah yang datang pada time2 camneh. Iskk. First sekali pasal penyakit aku. Penyakit yang tiba2 je datang, batuk berdarah dan sakit dada. Adehh. Sangat2 menyeksakan betul asyik batuk2 je. Pastu sakit dada nthen tetiba keluar darah. Aduhh. Aku neh jenis malas amek port pon pasal sakit2. Biar je la. Nanti2 ok la kot. (Harap2 la).

Hah, aku dah tak larat nak taip panjang2. Neh aku upload screen shots jadual exam aku. Oh ya, exam aku akan bermula pada 21 April neh dan berakhir pada 9 Mei. Sangat2 panjang masa tuh. Hopefully aku dapat take a chance utk bukak buku dan hafal apa2 yg patot. Doa2kan aku ok. Aku pun doakan korang yang bakal amek exam tak lama lagi. :D


*Klik gambar utk tumbesaran berganda*



*Klik gambar utk tumbesaran berganda*



*Klik gambar utk tumbesaran berganda*

Oklah, aku rasa cukup sampai sini je. Kepala aku pun tengah tingtong neh. Semoga semua berjalan dengan lancar dengan hendak-Nya. Amin~


P/s: Kau, aku, exam dan kebebasan. Hak milik yang tak pasti. Tapi yakinlah, kebebasan itu mutlak!


(Panas!) Kes Kecurian Di UiTM Machang!

Salam all, minggu neh mrupakan minggu plg suck dlm hidup aku!! Sori la kali neh bahasa aku agar 'kurang di ajar'. Memang aku tak halal sampai mampus 7 keturunan la si pencuri tuh.!!

Citenya camneh, hari neh Ahad(11 April 2010), duit RM100 yg ada dlm dompet aku telah hilang! Mula2 aku ingatkan trjatuh dlm kereta or aku silap letak. Tapi bila aku check balik memang confirm duit tuh hilang! Sangat2 suck la. Pencuri bodoh celaka keturunan setan iblis! Fuck giler babi la!

Ksian kat mak bapak si pencuri dpt anak mcm tuh. Mati hidup balik pn aku tak halal dan takkan redha dgn binatang tuh! Bodoh bangang! Maaf la bahasa agak kasar, tapi pencuri mcm tuh tak layak jadi manusia! Jadi babi anjing la. Binatang!!

Aku doa hidup ko tak berkat dan dunia neh akan hukum ko. Allah Maha Besar. Setiap prbuatan pasti ada balasan. Wait n see je la.

Mood: Panas hati+bengang+sedih+tak redha+kacau bilau.

Kalau aku dpt pencuri tuh, mmg hancur la muka dan tulang2 ko. Tuh janji aku!

P/s: RM100 tuh bkn sikit!

Lepak Di Bilik Member.


Lepak Di Bilik Member., originally uploaded by Mrx Lonely.

Now aku kt Uitm. Lepak kt blk member. Saje takde bnda nk post. Korang blh la tgk kehidupan ktorang kat sini. Haha. Salam Sabtu dari aku.

P/s: Member aku si Nabil kirim salam spesel kpd korang yg cute2 (sape yg rasa diri tuh cute la). Hehe

Kecelaruan Minda Dan Tips Hadapi Exam.



Salam semua, takde apa yang aku nak taip sebenarnya. Cuma aku nak berkongsi dengan korang beberapa tips untuk hadapi exam yang aku peroleh dari laman2 web yang sempat aku Google. Maklumlah, budak2 U sekarang neh bakal menghadapi final exam (especially untuk budak UiTM). Budak2 matrik dan poly pun sama gak rasanya. Semuanya bakal menempuhi final exam. Lepas habis je final exam, kita semua enjoy la!!!! Hahaha. (Tak sabar!) T___T.



Oh ya, sebelum tuh aku nak melalut sikit la. Pasal member2 aku yang sekarang neh jiwa kacau bilau dek kerana memikirkan cam mana nak hadapi final exam. Sampai migrain pun ada, stress tuh toksah cakap la. Jumpa tengah jalan pun muka masam muncung je, pastu tetiba je boleh marah2 tak tentu pasal. Haha. Sampai macam tuh penangan musim di ambang final exam neh.

Adehh, sepatutnya tak boleh macam tuh. Kita kena la relaks, cool, tenang dan slumber sempoi je. Tak perlu nak stress2, masam2 dan pening2 pikir sal neh. Maksud aku bukan 100% takyah pikir, pikir gak cuma tengok time la. Dan jangan la sampai memudaratkan diri. Orang cakap, biar berpada2. Hehehe.

Ok2, neh tips2 yang aku dapat dari carian Google. Aku kopi dan pes je neh. Kalau korang ada tips yang lain, sila la tinggalkan di ruangan komen. Segala komen yang korang kasi aku hargai dengan sepenuh jiwa raga bakul aku. :D

Berikut adalah 10 Tips Untuk Hadapi Exam yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. :)

Kehidupan Aku Di UiTM.


Kehidupan Aku Di UiTM., originally uploaded by Mrx Lonely.

Holla all. Kali neh aku update pkai live blogging. Borink yg amat sejak Celcom block operamini. So trpksa lah aku meng'active kmbali live blogging. Haha.

Oh ya, neh adalah gmbar bilik aku. 212. Hahaha. Mcm kandang babi. (Ada lg gambar yg ekstrem tp aku tknak publis. Hehe)

Apa2pun selamat beramal dan salam final exam. Adios~

Jangan Mudah Tertarik Dengan Kecantikan!

Hai2 semua salam malam salam April buat korang yang sudi jenguk blog cabuk aku neh. Hehe. Kali neh aku nak kongsi rahsia disebalik kecantikan wanita yang korang tengok kat Facebook ataupun kat mana2 yang ada dalam internet neh. Bukan apa, tak semestinya yang nampak cantik dalam gambar tuh cantik di dunia nyata. Kadang2 mereka2 neh guna Photoshop ataupun trick make-up ataupun pelbagai cara lagi untuk menampakkan bahawa mereka neh cantik di dalam gambar. Realitinya? Allahualam. Hehehe. :D

Ok, gambar perempuan neh amat comel ataupun orang panggil KAWAII kan? :D



Fuhh! Mesti dalam hati korang terdetik 'Kalaulah aku dapat awek neh confirm tak cari laen dah!'. Hehehe. Tapi jangan terburu2 beb, ada pendedahan yang pasti buat korang terkejut beruk sampai korang melompat ke bawah meja pastu guling2 macam kucing guling2 nak mintak makanan ngan tuan die. Kih3.

Ibarat kata2 penulis di blog yang aku dapat info neh. 'Jangan mudah tertarik oleh kecantikan! Kerana kecantikan itu seperti sebuah topeng, yang dapat digunakan untuk menutupi keadaan sebenarnya.'. Jadi marilah kita sama2 melihat wajah sebenar 'gadis comel' neh.

Klik je kat bawah neh. :D

Hampirnya Ketibaan Final Exam.


Salam semua, kali neh aku nak melalut pasal ketibaan final exam. Haha. Korang boleh tengok ape perasaan aku kat entri Final Exam Membunuhku. Kalau time aku tulis entri tuh final exam ada lagi sebulan tapi kali neh hanya tinggal lebih kurang 2 minggu je untuk 'menyambut' ketibaan final exam. Hahaha. (Gelak cuak).



Ok2, final exam aku akan bermula pada 21 April neh. Duh, sangat tak lama je lagi. Isk3. Persediaan aku? Hopefully mantop la. Hehe. Kos yang aku amek neh ada 5 subjek dan setiap subjek tuh aku sendiri pun tak tahu nama bagi subjek tuh. Haha. Yang aku tahu adalah subjek BEL dan CTU merangkap subjek English dan Agama Islam. Subjek yang lain tuh aku just bagi nama 101, 102, 103, dan 104. (Dibaca dalam loghat English wokayh. Haha.) Aku bukan apa doe, pengisian ataupun pembelajaran setiap subjek yang bernama 'nombor' tuh hampir sama. So amat susah dan payah untuk diterjemahkan dalam kata2 ataupun perkataan bagi maksud sebenar subjek yang aku amek neh. Hahaha. Korang paham ke? Lantak lah, aku sendiri pun tak paham apa yang aku taip tuh. Kah3.


Owh ya, apabila tibanya exam tiada isti
lah lain yang akan berpusing2 dlm kepala pelajar. M.E.N.I.R.U. Sememangnya meniru neh dah jadi adat dlm peperiksaan. Tak sah kalau tak meniru. Hehe. Dan aku pun tak nafikan yang aku pun pernah meniru, yela kan, atas faktor2 sekeliling gak. So nak tak nak terpaksa jenguk2 orang sebelah. Dan korang pun takyah tipu la. Pasti korang akan jeling2 gak kan time exam? Hehehe.

Ok lah. stakat neh je dulu aku taip2 melalut neh. Pasni aku ingat nak show off kan jadual exam aku. InsyaAllah kalau ada masa nanti. Apa2pun, selamat ber'final exam buat semua yang bakal menghadapi final exam.

P/s: 21 April is a Killer Day!! Arghhhhhhh! T______T

Beza Antara Kita Dan Dia.

Hoh! Sekali lagi aku nak berkongsi dengan korang tentang apa yang aku baca dalam blog Saudara Fiq. Artikel dan info yang sangat menarik bagi kaum Adam dan juga kaum Hawa. Tentang perbezaan lelaki dan perempuan. Turut diselitkan adalah kelebihan serta kekurangan kedua-dua jenis gender neh. Jom kita lihat info dalam artikel neh.

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERAT, KAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak.

Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERAT, KAN???

Suami kena bagi nafkah pada isteri. Ini wajib, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya, ia adalah seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya...



WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah, bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


TENGOKLAH:

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah... Sayangnya Allah pada wanita...



Jadi sama2lah kita berfikir dan merenung sejenak dimanakah dan siapakah kita sebagai hamba-Nya neh.

Notakakikanan: Artikel di'copy dari blog Saudara Fiq - Something To Share.

Asal Usul Solat 5 Waktu.

Tadi aku wat blogwalking oleh sebab boring yang terlampau. Sedang syok aku duk blogwalking, terjumpa la satu blog neh. Blog neh nampak simple je tapi isi kandungan dalam blog tuh amat2 menarik perhatian aku. Salah satu artikel yang membuat aku tertarik untuk dibaca dan dikongsi dengan korang ialah mengenai asal usul dan sejarah solat 5 waktu. Berikut adalah serba sedikit isi artikel yang aku baca.

Solat 5 waktu merupakan rukun Islam yang kedua. Diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj, solat 5 waktu sebenarnya mempunyai sejarah awal asal usulnya.


SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua - Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua - Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga - Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat - Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama - Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua - Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga - Kelam dengan malam.
Rakaat keempat - Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama - Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua - Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga - Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama - Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua - Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga - Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat - Dukacita terhadap anak Firaun.

Jadi kepada korang yang berjaya membaca sehingga rangkap neh. Renung2kanlah, jangan hanya tahu sejarah je tapi tak pula mengamalkan nya. Lagipun semua tahu bahawa solat 5 waktu neh WAJIB!!

P/s: Artikel diambil dari blog Saudara Fiq - Something To Share.

Abang Din, Damailah Engkau Disana.


Semua sedia maklum bahawa kita telah kehilangan pelawak yang mampu menceriakan hari2 kita iaitu Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi. Kehilangan beliau amat2 dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia lebih2 lagi kini beliau berada di puncak kerjaya karier beliau.

Pemergiaan beliau sangatlah tidak disangka kerana beberapa hari sebelum tuh kita dijamu oleh sakat dan hilai tawanya di radio Era. Tetapi kini tiada lagi suara sakat dan hilai tawanya apabila kita membuka corong radio Era. Pastinya yang paling merasai kehilangan beliau adalah Aznil atau Pak Nil kerana mereka ditugaskan bersama dalam Riuh Pagi Era. Hurmm.

Entah bagaimana nanti pagi yang bakal dilalui oleh kita selepas neh. Apa yang pasti segmen sawancara dan Drama Sebabak Era tidak lagi seceria seperti yang dikendalikan oleh Din Beramboi dan Pak Nil.

Dan tak dapat ditafsirkan ianya adalah satu kebetulan atau tidak, kita boleh melihat dan menilai sendiri kata2 Arwah Din Beramboi ketika memberi komen kepada Alex dalam program Raja Lawak baru2 neh. [Tonton Disini]. Allahualam. T___T

Arwah juga dikatakan telah mendapat petanda untuk menghadap Illahi apabila menulis tweet yang menjurus ke arah kematian beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital. Neh adalah antara kata2 tweet Din Beramboi dalam laman Twitternya.


Apa2pun marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Dan kepada mereka yang terasa hati dek kerana lawak arwah, anggaplah itu hanya sekadar gurauan dari beliau. :)

Sekian salam terakhir buat Arwah Din Beramboi. Abg Din, damailah engkau disana. T____T

P/s: Sangat terasa akan kehilangan Din Beramboi. Sawancara menjadi kelukesahcara.