people

Tips nak kekalkan hubungan cinta



Aku ade terbaca kat blog sape tah. Tips nak kekalkan hubungan cinta. So aku kongsikan kat korang yg tengah bercinta sekarang ni. (Aku pun takde awek lagi tap iade hati nk bagi tips) Hahaha.

1. Bercintalah dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah
2. Sentiasa mengambil tahu hal ehwal kekasih
3. Mengekalkan rasa hormat, kasih sayang dan kejujuran dalam percintaan
4. Jangan menurut hawa nafsu dan godaan syaitan
5. Jaga tutur kata dan peliharalah batas-batas pergaulan


Doa sembahyang istikharah

"Ya Allah, sesungguhnya aku berharap dapat memilih sesuatu dengan pengetahuan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan sesuatu dan tiadalah dapat aku sendiri menetapkannya. Maka oleh sebab itulah aku memohon kepada-Mu dengan kelebihan Engkau yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi sedang aku tidak mengetahuinya.

Ya Allah, jika dalam pengetahuan-Mu pekerjaan yang hendak ku lakukan ini baik bagiku untuk urusan agamaku dan urusan hidupku serta berkesudahan dengan baik maka takdirkanlah ia serta permudahkan ia kepadaku serta berkatilah ia untukku. Sebaliknya jika dalam pengetahuan-Mu pekerjaan ini mendatangkan keburukan bagiku pada urusan agamaku dan urusan hidupku serta buruk pula kesudahannya maka aku bermohon supaya Engkau jauhkannya daripadaku dan takdirkanlah bagiku hanya kebaikan sahaja walaupun di mana aku berada kemudian redhailah pekerjaan yang hendak aku lakukan ini...."

Perubahan hormon, mungkin?


Salam..... Hari-hari yang berlalu mungkin agak menyedihkan bagi aku kerana banyak perkara dan pelbagai kejadian yang berlaku dan mengakibatkan aku ke'sasau'an. Haha.

Merindui seseorang tak sama seperti merindui kucing yang hilang. Agak kotra perbandingan ini. Ah, bukan aku peduli pun. Perjuangan mesti diteruskan! Cis, kata-kata penyedap perasaan. Di balik-balik bayang aku terlihat kamu, merasa akan kehadiran kamu tapi bila ku menoleh, bayang itu ghaib menjadi angin gelap seperti asap rokok Dunhill yang dibeli di kedai PokPeng.

Repekan yang tiada makna, aku suka menulis tapi penulisan aku tiada titik letaknya. Kalau aku menulis, korang sendiri susun aturkan lah setiap kata dan taip'an aku ini. Musang berapi(FireFox) pun kadang-kadang meng'crashkan aku kerana tidak mampu menampung penambahan tabs di browser aku ni. Tabs yang bagi aku penuh itulah ada makna. (Sasau)


Aku punya ramai sahabat, sahabat maya dan dunia sebenar. Setiap sahabat mempunyai perwatakan yang berbeza umpama lampiran koleksi novel, setiap helaian novel tidak memuatkan prosa dan kata kerja yang sama. (Aku hanya pernah membaca novel Anak Din Biola, Tragedi 14 Disember, dan saksama denganya). Sahabat kali ini mendalam perhubungan dengan aku.

Perkenalan sebenar aku dan sahabat sangatlah tidak disangka, aku hanyalah meng'usha butiran nombor pemberian sahabat aku yang lain. Mengena! Aku dan sahabat terus mengenali dunia masing-masing. Dunia kehidupan jantan dan betina. Masing-masing kenal akan diri dan perwatakan masing-masing. Tapi masakan langit sentiasa cerah dan matahari memberikan sinar. Hujan dan ribut membelah corak yang diterap di atas selembar kain, melunturkan warna-warna yang pernah memberi seri di suatu ketika dahulu.



Kisah kehidupan aku dan sahabat terhenti apabila sahabat mempunyai sahabat yang baru. Aku meneruskan persahabatan diatas nama sahabat biasa. Kami okay. Dan storyline ini diakhiri dengan persahabatan antara aku dan sahabat yang tidak lagi bersahabat. Sekian.