people

England kecundang, kini harapkan Brazil.



Salam all, lama aku update blog neh. Tak sempat nak meng'update blog yang ada. Aku neh dah la jenis suka wat banyak blog tapi payah nak maintain. Hehehe. Ok², aku update kali neh bukan sebab nak cerita pasal blog aku ada berapa biji. Aku update neh untuk meluahkan rasa kecewa aku sebab England tersingkir dari Piala Dunia 2010. Perghhh, kecewa giler. Kalah 4 - 1 dengan Germany.

Bila start je sepak mula, memang aku rasa tak sedap hati dah nthen Germany berjaya menyumbat goal permulaan, lepas tuh Germany sekali lagi sumbat goal. Perghh, memang hampeh la. Tapi selang beberapa minit lepas tuh Upson berjaya menanduk bola dan GOAL!!!! Fuhh, semangat naik balik la weii. Hahaha.

TAPI!!! Perkara yang paling tak boleh diterima akal terjadi. Goal penyamaan oleh Frank Lampard dinafikan oleh pengadil dan penjaga garisan. Dorang berkeras cakap bola tuh tak goal. Padahal ulang tayang video DAH JELAS TERANG LAGI BERSULUH yang bola tuh dah lepas garisan. Pehloww, start pada tuh la semua pemain England mula hilang semangat.

Masuk je babak kedua, England just bermain macam nak taknak je. Ada la beberapa percubaan untuk menjaringkan goal tapi tak berjaya. Ada yang kena palang(free-kick by Lampard) dan kebanyakkannya out of target la. Dan Germany pun apa lagi, grab that chance and score dua goal lagi menjadikan keputusan perlawanan adalah Germany 4 - England 1(yang sepatutnya 2).



So dengan tersingkirnya pasukan kegemaran aku, England. Aku dengan ini akan menyokong dengan separuh hati pasukan kegemaran simpanan aku(spare team) iaitu Brazil. Aku harap Brazil akan dapat pergi jauh dengan barisan kemungkinan yang akan dibarisi oleh Elano, Kaka, Robindho, Fabiano dan ramai lagi pemain yang berada pada tahap terbaik.

Oh ya, korang boleh sertai contest yang dianjurkan oleh DenaiHati dan mungkin korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang berjumlah lebih seribu ringgit. Korang boleh menyertai contest tuh DI SINI.


Sekian dari aku, Tan Sri Amir aka Mrx Lonely.

Snap Kasi Rabak! ( @ Kota Lumpur )

Assalamualaikum sume.
Lama aku tak update blog neh. Hehehe.
Aku rasa ada dekat sebulan. Pttff.
Kali neh entri aku pendek je, aku cuma nak letak pic
yang sempat aku snap kat Kota Lumpur neh.

Oh ya, now aku kat KL dan aku bergerak bersendirian
di bandar penuh kemodenan neh.
Takde orang nak temankan. Sob3 :'(

Ok2, aku malas nak taip panjang2.
Korang tengok la 2 3 keping pic yang aku upload neh.

( Sebenarnya aku saje je nak update blog dengan entri pendek. )