people

Perubahan hormon, mungkin?


Salam..... Hari-hari yang berlalu mungkin agak menyedihkan bagi aku kerana banyak perkara dan pelbagai kejadian yang berlaku dan mengakibatkan aku ke'sasau'an. Haha.

Merindui seseorang tak sama seperti merindui kucing yang hilang. Agak kotra perbandingan ini. Ah, bukan aku peduli pun. Perjuangan mesti diteruskan! Cis, kata-kata penyedap perasaan. Di balik-balik bayang aku terlihat kamu, merasa akan kehadiran kamu tapi bila ku menoleh, bayang itu ghaib menjadi angin gelap seperti asap rokok Dunhill yang dibeli di kedai PokPeng.

Repekan yang tiada makna, aku suka menulis tapi penulisan aku tiada titik letaknya. Kalau aku menulis, korang sendiri susun aturkan lah setiap kata dan taip'an aku ini. Musang berapi(FireFox) pun kadang-kadang meng'crashkan aku kerana tidak mampu menampung penambahan tabs di browser aku ni. Tabs yang bagi aku penuh itulah ada makna. (Sasau)


Aku punya ramai sahabat, sahabat maya dan dunia sebenar. Setiap sahabat mempunyai perwatakan yang berbeza umpama lampiran koleksi novel, setiap helaian novel tidak memuatkan prosa dan kata kerja yang sama. (Aku hanya pernah membaca novel Anak Din Biola, Tragedi 14 Disember, dan saksama denganya). Sahabat kali ini mendalam perhubungan dengan aku.

Perkenalan sebenar aku dan sahabat sangatlah tidak disangka, aku hanyalah meng'usha butiran nombor pemberian sahabat aku yang lain. Mengena! Aku dan sahabat terus mengenali dunia masing-masing. Dunia kehidupan jantan dan betina. Masing-masing kenal akan diri dan perwatakan masing-masing. Tapi masakan langit sentiasa cerah dan matahari memberikan sinar. Hujan dan ribut membelah corak yang diterap di atas selembar kain, melunturkan warna-warna yang pernah memberi seri di suatu ketika dahulu.



Kisah kehidupan aku dan sahabat terhenti apabila sahabat mempunyai sahabat yang baru. Aku meneruskan persahabatan diatas nama sahabat biasa. Kami okay. Dan storyline ini diakhiri dengan persahabatan antara aku dan sahabat yang tidak lagi bersahabat. Sekian.