people

Abang Din, Damailah Engkau Disana.


Semua sedia maklum bahawa kita telah kehilangan pelawak yang mampu menceriakan hari2 kita iaitu Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi. Kehilangan beliau amat2 dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia lebih2 lagi kini beliau berada di puncak kerjaya karier beliau.

Pemergiaan beliau sangatlah tidak disangka kerana beberapa hari sebelum tuh kita dijamu oleh sakat dan hilai tawanya di radio Era. Tetapi kini tiada lagi suara sakat dan hilai tawanya apabila kita membuka corong radio Era. Pastinya yang paling merasai kehilangan beliau adalah Aznil atau Pak Nil kerana mereka ditugaskan bersama dalam Riuh Pagi Era. Hurmm.

Entah bagaimana nanti pagi yang bakal dilalui oleh kita selepas neh. Apa yang pasti segmen sawancara dan Drama Sebabak Era tidak lagi seceria seperti yang dikendalikan oleh Din Beramboi dan Pak Nil.

Dan tak dapat ditafsirkan ianya adalah satu kebetulan atau tidak, kita boleh melihat dan menilai sendiri kata2 Arwah Din Beramboi ketika memberi komen kepada Alex dalam program Raja Lawak baru2 neh. [Tonton Disini]. Allahualam. T___T

Arwah juga dikatakan telah mendapat petanda untuk menghadap Illahi apabila menulis tweet yang menjurus ke arah kematian beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital. Neh adalah antara kata2 tweet Din Beramboi dalam laman Twitternya.


Apa2pun marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Dan kepada mereka yang terasa hati dek kerana lawak arwah, anggaplah itu hanya sekadar gurauan dari beliau. :)

Sekian salam terakhir buat Arwah Din Beramboi. Abg Din, damailah engkau disana. T____T

P/s: Sangat terasa akan kehilangan Din Beramboi. Sawancara menjadi kelukesahcara.

2 comments:

Aku X-PO said...

tak sngka kan..baru je aritu raja lawak abis

Mrx Lonely said...

yup2.. amat2 xdisangka..
tp tuh la kn, ajal maut smua ditangan tuhan.
kita x tahu bila masanya...

Al-Fatihah. T____T