people

Bila Lidah Mula Kelu, Lalu Hati Berbicara


Tiada apa yang mampu aku ucapkan dengan kata-kata,
kerana setiap satu dugaan yang mendatang aku redhakan hati dan jiwa untuk menerima,
lalu aku tersungkur kala berada di puncak angkasa,
aku pasrah, dugaan barangkali. Ya, dugaan kata orang, mereka hanya mampu berkata tapi tidak memahami,
aku faham, mereka dengan dunia mereka, tapi aku? Dunia aku, diri aku dan masa depan aku!
Sepertiga bulan aku bertapa menghadap tuhan yang satu.
Aku lemah tatkala melihat kecewanya mereka yang lain kerna tingkah laku aku.
Pagi petang siang malam aku mengelamun, menjadi pemikir untuk melalui hari mendatang,
kawan, musuh, saudara, kekasih, mereka, dan kamu menjadi tempat aku memujuk hati untuk jangan turut sama bersedih.
Aku mampu bersenang hati, mampu. Tapi kemampuan itu akhirnya dibalas dengan suatu perkhabaran yang HANYA TUHAN YANG TAHU betapa gembiranya hati aku, betapa bertuahnya aku dan betapa kerdilnya aku di kalangan hamba-hamba Tuhan.
Sungguh! Hati aku berbunga dan disiram air mata kegembiraan mereka yang selama ini bertumpah air mata darah kerna aku.
Aku lemah sekali lagi, air mata kesyukuran menjurai jatuh dari kolam penglihatan aku. Ya Allah Ya Rahman, syukur aku hanya padaMu, tempat mengadu yang satu juga hanya padaMu. Hanya Kau Yang Tahu. Amin Ya Rabbal Alamin. T______T

4 comments:

Neyra Shazeyra said...

i know about this happy news. *syukur*

Mrx Lonely said...

thnks sis..adek gembira x trkata neh... :)

Adam said...

Salam. Saya sedang mengajurkan pertandingan menulis Slogan Filem Malaysia. Hadiahnya, 2 pas masuk filem Adnan Sempit.

Harith Lara said...

Menginsaf wehh,,hahaha