people

Kacau Di Kepala Lutut!



Semenjak dua menjak neh aku mengalami kekacauan jiwa dalam mood untuk ber-blogging. Tak tahu kenapa, rasanya dunia blog neh dah semakin jauh dari aku. Kalau dulu aku selalu gak update blog dan kadang2 dalam sehari tuh ada dalam 3 - 4 entri yang aku publish'kan. Tapi sekarang, nak update 1 entri pun makan masa berjam-jam.

Kata orang, kalau nak buat sesuatu biarlah bertunjangkan minat dan kesungguhan. Dalam kes aku neh minat tuh ada cuma takde kesungguhan. Aku terjebak dalam dunia blog neh pun sebab terpengaruh dengan member2 blog yang lain. Orang ada blog, aku pun nak ikut sama tapi MALAS nak update blog!! Wohhaa! (Terkena batang hidung sendiri).

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu motif sebenar aku meng'create blog neh. Blog neh tempat untuk luahkan perasaan? Tempat untuk berkongsi informasi? Tempat untuk mencari pendapatan sampingan? Urghhh! Aku sendiri pun tak tahu apa motif kewujudan blog aku neh. Aku buntu!

Kalaulah kat 7E ada jual mood untuk ber-blogging, dah lama aku beli. Hahaha. Kadang2 aku terpikir gak, macam mana la nak up'kan balik mood ber-blogging aku neh. Tapi makin aku pikir, makin aku buntu. Sadis sungguh!!

So aku dengan malas hatinya, akan meng'update blog bila ada mood. Contoh seperti malam neh. Hehehe. Dalam kepala neh ada bermacam-macam projek yang nak di release'kan tapi disebabkan mood aku berada pada tahap zero, maka dengan malas hatinya aku terpaksa peram buat perkasam segala idea yang ada dalam kepala neh. Nasib tak letak kat kepala lutut. Hahaha.

Ok lah, cukup sini je aku menaip. Kepala pun dah tingtong nak memerah ayat2 yang harus diketak-ketukkan atas papan kekunci neh. Otak dah berkarat dek kerana lama tak di servis. Wohha!! Sekian.

*Kan best kalau dapat awek yang ada mood lebih dalam dunia blogger neh. Boleh la share2 mood.. Hehe*






1 comments:

mira aziz said...

hy.. cntek nme post