people

Persoalan Kepada Minda Waras. (Part 1)

Salam semua, dah lama rasanya aku tak meng'update blog neh. Hahaha, sibuk dengan urusan duniawi dan sibuk juga dengan projek2 yang maha banyak! Antara projek yang giat aku jalankan adalah photoshoot bertemakan Kekampungan yang mana memerlukan beberapa orang model yang mempunyai paras wajah 'gadis kampung'. Bukan orang asli ya!! Hehehe.

Selain tuh pulak, banyak dugaan dan ujian yang menimpa aku selepas habis je musim study(maksud aku time cuti sem neh la), antaranya adalah masalah penyakit yang menimpa papa aku, episod perhubungan aku dengan seseorang dan banyak lagi lah. Apa yang paling dasyat adalah duit poket. Hahaha. Eden sengkek oh sekarang!! :(

Ok, berbalik kepada tajuk entri neh. Persoalan kepada minda yang waras. Aku rasa korang yang baca blog aku neh adalah seorang yang mempunyai minda dan akal yang waras.(Idak taw la pulok lau ade orang kurang waras yang baca blog aku neh. Hehehe). Dalam kepala otak aku sekarang ada beberapa perkara yang memerlukan beberapa jawapan yang agak dimasuk akal la. Hehehe. Ntah korang sedar ke tidak, persoalan2 neh sebenarnya dah aku tweet kat Twitter beberapa hari yang lalu. Ok lah, kira biarkan Twitter dengan tweet2 nya, sekarang aku nak berkongsi di halaman blog lak. Ayuh kira tengok persoalan yang bermain dalam kepala otak aku neh.




1. Kenapa nurse a.k.a jururawat kebanyakkannya berjalan pantas?

Ok, disini aku agak suweii sikit la. Aku pernah memerapkan diri di hospital atas beberapa faktor yang tak dapat aku elakkan. Dan pada masa yang sama aku juga memerhati perlakuan ataupun tingkah laku jururawat di hospital neh. Kebanyakkan ataupun nak cakap semua pun boleh sebenarnya, jururawat neh berjalan dengan pantas. Even time dah habis shift pun dorang berjalan pantas. Tak terkejor aku yop! Hahaha. Ya! Mungkin diorang bergegas atau ada urusan yang penting, itulah apa yang ada dalam kepala aku. Dan ya sekali lagi! Korang memang akan dapat lihat kebanyakkan jururawat berjalan sangat pantas. Tak percaya? Pergi je ke hospital berdekatan. Hehehe. :D


2. Muka merah padam apabila berdepan dengan situasi yang memalukan, dipuji atau dimarahi.

Yang neh pun aku tertanya2 gak la. Maybe diantara korang boleh jawab dengan jawapan yang agak sainstifik. Jawapan yang merangkumi saraf, urat dawai tulang besi segala, dan bermacam2 jenis lagi nama sainstifik yang akan keluar dek kerana nak merungkai persoalan neh. Tapi bagi aku,kenapa dan mengapa time tuh je? Time berhadapan dengan situasi yang memalukan, dipuji ataupun apabila dimaki, muka menjadi merah padam? Kenapa tak time tidur, time baru bangun , time mandi ke? Oh ya, time berak muka akan merah gak ke? Hahaha. Soalan yang agar tak terpelajar. Ngeh3. :P


3. Bila kawan ada awek/pakwe yang lagi lawa/handsome dari yang kita punya, akan terdetik dalam hati kita yang kita nak miliki awek/pakwe kawan kita tuh.

Neh lagi satu masalah. Benda neh pernah jadi kat diri aku sendiri. Jatuh hati kat awek member. Haha. Tapi tak boleh salahkan aku 100% jugak sebab benda neh terjadi dengan izin Allah Taala. Hati dan perasaan kita tak boleh nak tipu. Tapi benda tuh dah berlalu pun, and kitorg pun dah jadi member yang agak kamceng gak. Dan mengenai point aku neh, aku nak tahu kenapa ada perasaan macam tuh? Bila kawan kita ada awek/pakwe yang agak lawa/handsome dari yang kita punya ataupun bagi mereka yang single, akan terdetik dalam hati yang kita nak kenal atau secara jelasnya kita nak miliki awek/pakwe kawan kita tuh? Isk3. Dasyat kan permainan hati dan perasaan neh, sampaikan awek/pakwe member pun nak dirampas. Cukuplah sekali - Jay Jay. :)


4. Rasa sangat 'berat' nak hulurkan sedekah kepada si peminta sedekah sedangkan 'ringan' je nak menghabiskan duit di tempat2 yang tak patut.

Point neh turut aku tujukan kepada diri aku sendiri. Kita amat2 senang nak menghabiskan duit di tempat seperti mall, tempat makan, tempat hiburan, dan banyak tempat lagi yang sememangnya agak fun bagi kita. Tapi amat2 lah susah apabila nak menghulurkan not seringgit kepada si peminta sedekah ataupun nak menderma ke masjid di kawasan perumahan kita. Bab hulurkan duit kepada si peminta sedekah tuh aku ada dua kemungkinan yang berlegar2 dalam kepala otak neh. Satu, si peminta sedekah neh kadang2 ada yang betul2 bergelar si peminta sedekah dan kadang2 ada yang menyamar atau lebih tepat lagi mereka neh bernaung dibawah agensi. Agensi peminta sedekah sedunia. Hahaha. Yang neh kalau tak bagi sedekah pun takpa. Dan yang kedua, peminta sedekah yang datang meminta sedekah dengan himpunan ayat2 suci Al-Quran, datang dengan membawa bayi2 kecil, datang dengan bermain muzik dan sebagainya lagi. Diorang neh boleh dikategorikan sebagai apa ya? Yang bermain muzik tuh, bakat dah ada. Kenapa diorang tak join je ujibakat berlambak program realiti tuh? Dan yang datang tunjuk himpunan ayat suci Al-Quran, kenapa diorang tak bukak gerai dan jual je himpunan ayat suci Al-Quran tuh? Kan halal je rezeki diorang dari meminta sedekah yang tak pasti lagi ke'halal'an cara pengumpulan hasil sedekahan orang ramai tuh. Haihh, macam2 la sekarang. Yang pasti, kita sebagai insan yang waras haruslah dapat membezakan mana yang palsu dan mana yang original. :)


5. Bila malam tak boleh tidur tapi bila siang laju je dakap bantal peluk.(Burung Hantu).

Hah, point neh 100% aku tujukan kepada diri aku. Bila malam tak boleh tidur tapi bila siang laju je dakap bantal peluk. Hehehe. Aku bukan apa, jiwa dan diri neh dah tersalah setup. Aku rasa kepala otak aku neh dah di'setting'kan dengan peredaran jangka waktu Kanada yang mana jangkamasa perbezaan Kanada dengan Malaysia adalah 12 jam. Itu bermakna aku tak boleh tidur pada malam hari mengikut waktu Malaysia tetapi pada siang hari aku amatlah senang untuk tidur . Mungkin aku perlu dan harus berpindah ke Kanada kot. Lagipun best kat sana, sejuk je. Maklumlah, negara yang agak berdekatan dengan Kutub Utara. Hehehe. Oh ya, cakap pasal kutub2 neh teringat aku iklan kat tv. Beruang kutub makan penguin tak? Hahaha.



Ok lah, aku rasa cukup dahulu dengan 5 point yang berjaya aku olah. Untuk pengetahuan korang. 5 point neh mengambil masa hampir 2 jam untuk disudahkan penaipannya. Hahaha. Camneh lah bila nak sangat menaip dengan otak yang agak zero. :)

Sekian saja dari aku. Harap ada penjelasan yang waras mengenai point2 yang aku utarakan neh. Nantikan persoalan kepada minda waras part 2 yang akan menyusul tidak lama lagi. Kalau ada apa2 pertanyaan ataupun makian, bolehlah tulis di bahagian komen.

P/s: Kawan aku punya awek, cun yang teramat sangat. Macam pepatah ada cakap. Kucing takkan tolak ikan, dan apabila ikan tuh dirampas kucing lain, dia akan tetap mempertahakan ikan tuh kerana dia tahu ikan tuh adalah makanan dia pada hari tuh. Harap korang paham la yer. Hehehe. :P

0 comments: