people

Kacau Di Kepala Lutut!



Semenjak dua menjak neh aku mengalami kekacauan jiwa dalam mood untuk ber-blogging. Tak tahu kenapa, rasanya dunia blog neh dah semakin jauh dari aku. Kalau dulu aku selalu gak update blog dan kadang2 dalam sehari tuh ada dalam 3 - 4 entri yang aku publish'kan. Tapi sekarang, nak update 1 entri pun makan masa berjam-jam.

Kata orang, kalau nak buat sesuatu biarlah bertunjangkan minat dan kesungguhan. Dalam kes aku neh minat tuh ada cuma takde kesungguhan. Aku terjebak dalam dunia blog neh pun sebab terpengaruh dengan member2 blog yang lain. Orang ada blog, aku pun nak ikut sama tapi MALAS nak update blog!! Wohhaa! (Terkena batang hidung sendiri).

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu motif sebenar aku meng'create blog neh. Blog neh tempat untuk luahkan perasaan? Tempat untuk berkongsi informasi? Tempat untuk mencari pendapatan sampingan? Urghhh! Aku sendiri pun tak tahu apa motif kewujudan blog aku neh. Aku buntu!

Kalaulah kat 7E ada jual mood untuk ber-blogging, dah lama aku beli. Hahaha. Kadang2 aku terpikir gak, macam mana la nak up'kan balik mood ber-blogging aku neh. Tapi makin aku pikir, makin aku buntu. Sadis sungguh!!

So aku dengan malas hatinya, akan meng'update blog bila ada mood. Contoh seperti malam neh. Hehehe. Dalam kepala neh ada bermacam-macam projek yang nak di release'kan tapi disebabkan mood aku berada pada tahap zero, maka dengan malas hatinya aku terpaksa peram buat perkasam segala idea yang ada dalam kepala neh. Nasib tak letak kat kepala lutut. Hahaha.

Ok lah, cukup sini je aku menaip. Kepala pun dah tingtong nak memerah ayat2 yang harus diketak-ketukkan atas papan kekunci neh. Otak dah berkarat dek kerana lama tak di servis. Wohha!! Sekian.

*Kan best kalau dapat awek yang ada mood lebih dalam dunia blogger neh. Boleh la share2 mood.. Hehe*






Sahabat Baru Di Dunia Baru.


Salam semua yang baca blog cabuk aku neh. Dah lama aku tak update, last aku update pun time Fifa Worldcup hari tuh.(Giler lama seyh!).. Kali neh aku takmo tulis panjang pun, cukup dalam dua tiga perenggan. Hehehe.

Actually aku kini tidak lagi bertapa di gua yang lama, aku dah beralih gua dan pengisian pertapaan pun turut berubah secara drastiknya. Wohha! Sebenarnya bukan ini yang aku nak mention'kan. Aku secara jujurnya menyukai seseorang tetapi seseorang itu mungkin tidak menyukai aku. Isk3. Kesian nasib diri aku neh. Sob3. (Takpa, sabar itu separuh dari iman).

Oh ya, di tempat baru neh aku juga dapat berkenalan dengan kawan² baru antaranya bernama Aida, Yana, Kak Yani, Kak Yam, Zita, Sue, Wanie, Eila, Dalima, Ery dan ramai lagi. (Maaf la yer aku tak sempat taip nama yang lain, ramai sangat. Hehehe.)

Bagi aku, diorang neh okay. Kira boleh ngam la. Aku harap hubungan kawan antara aku dengan diorang akan berkekalan selamanya. Sebab di tempat pertapaan aku sebelum neh, aku tak pernah berada dalam situasi sebegini mesra dengan classmates aku. (Jujur neh taw! Teehe!). Oh dan tak lupa jugak lecturer² yang sporting habissssss. Miss Izatie, Miss Analhuda, Miss Hanim, Miss Jayanti, Miss Aisyah, Sir Azim dan juga ex-lecturer kitorang iaitu Sir Alif yang kini melanjutkan pengajian dia di Australia.



Apa²pun, aku harap korang² classmates aku akan happy always, jangan ada gaduh² antara satu sama lain even aku selalu gaduh dengan si dia. Almost 24 hours! Hahaha. :P

Last but not least, aku harap kita semua(as a classmates) akan mencapai target kita iaitu untuk grad dengan cemerlang!! (Semoga setiap semester kita akan mendapat pointer yang terbaek!!... Amin~)

Nukilan pengisi keboringan, Amirul. :)