people

Persoalan Kepada Minda Waras. (Part 1)

Salam semua, dah lama rasanya aku tak meng'update blog neh. Hahaha, sibuk dengan urusan duniawi dan sibuk juga dengan projek2 yang maha banyak! Antara projek yang giat aku jalankan adalah photoshoot bertemakan Kekampungan yang mana memerlukan beberapa orang model yang mempunyai paras wajah 'gadis kampung'. Bukan orang asli ya!! Hehehe.

Selain tuh pulak, banyak dugaan dan ujian yang menimpa aku selepas habis je musim study(maksud aku time cuti sem neh la), antaranya adalah masalah penyakit yang menimpa papa aku, episod perhubungan aku dengan seseorang dan banyak lagi lah. Apa yang paling dasyat adalah duit poket. Hahaha. Eden sengkek oh sekarang!! :(

Ok, berbalik kepada tajuk entri neh. Persoalan kepada minda yang waras. Aku rasa korang yang baca blog aku neh adalah seorang yang mempunyai minda dan akal yang waras.(Idak taw la pulok lau ade orang kurang waras yang baca blog aku neh. Hehehe). Dalam kepala otak aku sekarang ada beberapa perkara yang memerlukan beberapa jawapan yang agak dimasuk akal la. Hehehe. Ntah korang sedar ke tidak, persoalan2 neh sebenarnya dah aku tweet kat Twitter beberapa hari yang lalu. Ok lah, kira biarkan Twitter dengan tweet2 nya, sekarang aku nak berkongsi di halaman blog lak. Ayuh kira tengok persoalan yang bermain dalam kepala otak aku neh.

Entri Merapu Edisi Demam Selsema!

Dah lama aku tak meng'update blog neh. Kali neh aku wat live blogging lak. Bukan apa, demam yg menyerang buat aku jd lemah badan dan selsema teruk. So aku tak larat la nak ngadap lappy and taip2 entri neh. Baik aku baring sambing taip kat handphone neh. Hehehe.

Oh ya, apa ek simptom2 H1N1 dan demam denggi? Takot oh, aku demam dan selsema teruk neh. Tapi aku takmo makan ubat, PAHIT!

Hurmm, kan best kalau ada ubat yg manis macam gula2. Takmo la ubat budak2 tuh. Aduhh, kepala tingtong neh. Doa2kan lah biar aku sembuh tanpa ubat okay? Hehe.

Kepada yg baca blog neh, aku ucapkan berbanyak terima kasih! Sayonara~

P/s: Blog utama aku si Oh! Blur dengan rasminya dah mampos. Patotkah aku renew balik?