people

Trip To Kuala Lumpur?


Hai all, lama tak bersua kat blog free neh. Banyak entri aku di post kat blog utama iaitu Oh! Blur. Ok, kat blog neh aku takkan melalut panjang sebab blog neh dibuat semata-mata untuk mencoretkan perjalanan harian aku.

Bagi korang yang kenal aku pasti korang tahu kisah hidup aku dalam bulan Januari neh, banyak dugaan. Kalau korang nak tahu apa jenis dugaan tuh sila baca sini. [Klik Aje]. Dan sekarang aku di UiTM Machang menyambung pengajian di sini. Aku dapat ramai classmates baru dan majoriti classmates aku neh berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur, ada jugak dari Terengganu, Penang dan Sarawak. Kira ada 5 orang je dari Kelantan. 3 perempuan 2 lelaki termasuk aku.(Punya la kekok aku nak speaking Key Ell neh..huhuhu). Ok stop sini.

Hah, aku sebenarnya nak story pasal trip aku ke Key Ell. Eh maksud aku, aku berkemungkinan pergi kL pada cuti raya cina neh. Mungkin. Ditambah lagi dengan ajakan classmates baru neh. Dorang siap ajak nak g Zouk lagi. Hahaha. Lepak Sunway pun dah ok, asalkan korang belanja. Hakhakhak. Uh, aku tak tahu dah nak taip ape lagi. Korang rajinkan lah diri jenguk blog member kamcing aku neh. Kesian dia nak pergi KL tapi tak tahu nak pergi dengan apa. Korang tolong la bagi nasihat sikit kat dia tuh. Dalam dilema tuh woo..hahaha... Neh blog die. [Klik Aje].

Sekian dari aku. Nama betul aku?? Hahaha.. Mrx Lonely. :)

Bila Lidah Mula Kelu, Lalu Hati Berbicara


Tiada apa yang mampu aku ucapkan dengan kata-kata,
kerana setiap satu dugaan yang mendatang aku redhakan hati dan jiwa untuk menerima,
lalu aku tersungkur kala berada di puncak angkasa,
aku pasrah, dugaan barangkali. Ya, dugaan kata orang, mereka hanya mampu berkata tapi tidak memahami,
aku faham, mereka dengan dunia mereka, tapi aku? Dunia aku, diri aku dan masa depan aku!
Sepertiga bulan aku bertapa menghadap tuhan yang satu.
Aku lemah tatkala melihat kecewanya mereka yang lain kerna tingkah laku aku.
Pagi petang siang malam aku mengelamun, menjadi pemikir untuk melalui hari mendatang,
kawan, musuh, saudara, kekasih, mereka, dan kamu menjadi tempat aku memujuk hati untuk jangan turut sama bersedih.
Aku mampu bersenang hati, mampu. Tapi kemampuan itu akhirnya dibalas dengan suatu perkhabaran yang HANYA TUHAN YANG TAHU betapa gembiranya hati aku, betapa bertuahnya aku dan betapa kerdilnya aku di kalangan hamba-hamba Tuhan.
Sungguh! Hati aku berbunga dan disiram air mata kegembiraan mereka yang selama ini bertumpah air mata darah kerna aku.
Aku lemah sekali lagi, air mata kesyukuran menjurai jatuh dari kolam penglihatan aku. Ya Allah Ya Rahman, syukur aku hanya padaMu, tempat mengadu yang satu juga hanya padaMu. Hanya Kau Yang Tahu. Amin Ya Rabbal Alamin. T______T

Member Twitter Aku



Hai korang yang baca blog aku neh. Aku sebenarnya takde idea nak update blog tapi disebabkan rasa keinginan untuk menulis, aku rajinkan jugak jari neh untuk menulis tentang member-member aku di Twitter. Oh ya, aku tak jamin aku akan cerita satu persatu secara details. Cukup sekadar intro je. Layankan aje yoo. :D

Antara member yang aku rasakan agak gempak untuk difollow adalah:

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com



Korang mencari contest untuk di sertai? Korang menguji diri untuk tahu adakah tahun neh korang bernasib baik atau tidak? Jika YA!, korang seharusnya join contest yang di anjurkan di blog Azizwan Dot Com neh. Contest yang menawarkan hadiah yang agak berbaloi-baloi. Cara untuk korang join contest neh ada di sini. [Klik Sini Yer]

Oh ya, kalau korang dah join contest neh dan agar berbaik hati, bolehlah korang letak aku sebagai referrer. Kalau korang menang sekurang-kurangnya aku pun dapat merasa hasil kemenangan korang tuh. Menolong kan amalan yang mulia. Tak gitu? Hehehe.

Saya tahu contest ni dari blog Mrx Lonely

Contest neh akan tamat pada 13hb Januari 2010 tepat jam 11.59pm. Jadi tunggu apa lagi?!! Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com!!!

Sekian dari aku : Mrx Lonely 8)


Selamat Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru 2010, originally uploaded by Mrx Lonely.

Hoho.. Malam tahun baru yg lepas korang sambut kat mana? Dataran? Rumah atau di masjid yg turut mengadakan solat gerhana bulan?

Aku membuat kelainan pd mlm tahun baru dgn menyambutnya dlm suasana kampung. Byk aktiviti yg dilakukan di kg sempena menyambut tahun baru Masihi neh antaranya bacaan doa awal tahun, bacaan Yassin, jamuan makan kecil2lan, pertunjukkan bunga api dan byk lagi. Terasa tenang dan aman je bila berada kt kg. Jauh dari kesibukan kota dan jauh dari pencemaran alam.

Apa2pun aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua dan apa azam tahun baru korang? Azam tahun lepas dah tercapai belum? Hehe. Adios~